Hye u ols... Heeee... malam ni di sebabkan elly bosan menunggu inchik abg tu habis main badminton n mata ni pulak terlebih manja x mau tido dulu selagi inchik abg tu x antar msg so jom elly baca elly berceloteh pasal kisah arini ye... ;) sila jgn boring untuk teruskan membaca k.. ;)
kalau u ols nak tau arini elly ponteng keja tau... siap boleh amik MC lagi....hahaha x boleh blah betoi kan?? kalau kantoi naya ja... kenapa elly amik mc?? ha! ni yang nak cerita ni.. petang tadi elly ada interview keja kat pejabat PERDA Pulau Pinang nun ha.. ceh! gaya macam sangat la jauh dari umah kan?padahal sekangkang kera ja... apa orang kata kalau kentut pun dengaq! ops!! elly g interview untuk jawatan "Pembantu Perkeranian & Operasi N17"... amboi jawatan dia panjang bukan main lagi...
ha! elly p interview tadi di hantar oleh adik lelaki elly yang paling rapat dengan elly n mak elly.. adik yang drive kereta since elly x dak lesen kereta kan...hehehehe....masa sampai kat PERDA tu hati rasa berdebar2 n cuak gila pas register nama kat kaunter depan... dalam hati " mak aiii ramainya yang nak interview tapi jawatan yang nak guna untuk seorang je"..hurmmm... time tu rasa macam x yakin je bila tengaok diaorg semua.. terasa macam elly ni teralu muda n mentah compared dengan diaorang yang pasti lebih banyak pengalaman daripada elly.. once dah masuk dalam dewan tengok kertas soalan ok terus terkeluar senyuman kat muka sebab....
sebabnya soalan matematik(subjek peveret tu) yang banyak kuar...yang lain tu ada soalan IQ minda(uji minda),sejarah & skop kerja PERDA,sikit sejarah pasal malaysia & sedikit soalan pasal tanggungjawab n etika kerja... Alhamdulillah elly mampu jawab semua soalan dalam tempoh masa yang ditetapkan(45minit)..
Ha! ni baru elly cerita pasal benda yang lagi cuak yang buat elly menjerit dalam kereta tadi...time tu kitaorang baru nak kuar simpang dekat umah elly nak ke Perda...kat simpang tu memang selalu sibuk sebab tu jalan utama ke hiway sungai dua...dengan kereta yang banyaknya kitaorg pun tunggu la dalam 5-10minit macam tu then ada la ruang kosong untuk kuar since bas lompat2(bas rapid penang) berhenti kat perhentian..time kitaorg nak kuar and dah sampai separuh jalan bas tu jalan agak laju and nyaris2 hentam kereta kitaorg.. sebab terlalu panik elly terus terjerit kat adik elly n tangan terus refleks tarik tangan dia suruh pusing stereng kereta dengan laju... Alhamdulillah Allah masih nak pelihara diri kami and Allah dah pun selamatkan kami semua jika tidak saat ni mungkin kami sudah pun di hospital atau mungkin juga dalam proses pengebumian...
YA ALLAH..HANYA KEPADAMU AKU BERLINDUNG DAN AKU MEMINTA.. KAU PELIHARALAH KEHIDUPAN KU,KEHIDUPAN IBUBAPAKU DAN KEHIDUPAN AHLI KELUARGAKU...KAU LINDUNGILAH KAMI DI BAWAH RAHMAHMU..KAU BERIKANLAH KEBERKATAN DI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KAMI YA ALLAH.. YA ALLAH KAU MURAHKANLAH REZEKI KE ATAS KAMI.. YA ALLAH KAU BERIKANLAH JODOH YANG TERBAIK KEPADAKU..KAU BERIKANLAH AKU SEORANG IMAM YANG MAMPU MEMBIMBING KU KE JALAN YANG DIREDHAI MU YA ALLAH..AMIN..AMIN YA RABBAL 'ALAMIN..
No comments:
Post a Comment