Saturday, May 3, 2014

Checklist for My e-Day

Salam & hai u ols.

Lagi 13 hari majlis pertunangan elly akan berlangsung. Semakin dekat tarikh 17 May 2014 semakin berdebar rasa hati ni. Ditambah lagi kawan2 ofis keep asking dah ready ka nak jadi tunang orang lagi la berdebar rasa. Rasa macam diri tak mampu lagi nak menggalas tanggungjawab. Perangai pun rasa macam x cukup matang lagi nak berubah status. Tapi apa pun sama ada sekarang atau nanti elly tetap akan hadapinya. So segalanya elly serahkan pada Allah.

Okay... Dah cukup mukadimah pasal perasaan elly untuk bertukar status. Jom ke main point iaitu CHECKLIST FOR E-DAY. Haaa! amik engkau siap bagi huruf besar and bold lagi u ols... Kat bawah ni elly punya checklist k. Let's check it out!

Tarikh : 17 MAY 2014

Masa : Selepas solat Asar

Tempat : Rumah Bonda & Ayahanda terchinta

Jamuan
1) Bihun Sup (homemade by me n mom)
2) Kuih Qasidah & Kasui (tempah dekat mak mentua kak ati)

Wakil Perbincangan : Abah uruskan

Cincin Merisik & Bertunang : Inchik Arif ajak beli 08 May 2014 ni. Dah decide nak beli dekat Wah Chan Seberang Jaya sebab my mom ada member card. heeee


Pakaian :

1) Baju Kurung Moden (from my wardrobe) : dok fikir lagi sama ada nak beli baju baru or pakai yang dah ada. any idea pliss.. :(
2) Halfmoon Shawl : hari khamis(08/05/2014) baru nak p cari. 

Make-up : bakal di mekap oleh kak ipar kesayanganku(kak gee) bersama sepupuku ety(maybe balik dr kl) & anis..insyaAllah..elly x da plan nak mekap di kedai...ngeee :)

Hantaran :

1) Sireh Junjung - NOT YET

2) Kek - NOT YET

3) Biskut/Cookies - NOT YET

4) Sumi/Cumi(tulips) - DONE

5) Susu Tin(pelita) - DONE

6) Gula(carrot) - DONE

7) Coklat(carnation) - IN PROGRESS

** budget elly untuk 7 dulang hantaran RM150 dan Alhamdulillah segalanya berjalan seperti dalam budget malah kurang sikit.
*** entry seterusnya elly upload gambar hantaran yg x seberapa tu ye... :)

# pagi ni kak ati pula yg tanya keputusan elly dah muktamad ke nak bertunang?? dah betul2 ready ke nak bertunang. elly hanya mampu senyum dan katakan tolong doakan semuanya ok ye.. then dia just bagi nasihat untuk lebih matang dan berfikir secara rasional lps ni sbb elly bakal jd hak org.. lepas bertunang elly kena siapkan diri untuk terima semua ahli keluarga sama macam keluarga sendiri dan anggap parents si dia sama macam parents. InsyaAllah sis i'll try my best.. sepanjang tempoh bertunang ni elly akan cuba lebih kenal family dia n berubah menjadi lebih baik dari sekarang.. :)



No comments:

Post a Comment