Wednesday, May 28, 2014

oh my leg !!!


on the first day
(08/05/2014)

1st day
08/05/2014








last few days

Thursday, May 22, 2014

Gabranya Aku...

Alhamdulillah kini elly dah pun selamat menjadi tunangan orang. Sudah 5 hari elly menjadi tunangan kepada Muhamad Arif bin Md Ali. Perbezaan yang ketara yg elly dapat sepanjang beberapa hari menjadi tunang inchik Arif ni dia mula tunjukkan sikap cemburu dan dia sangat care. Apa je yang elly buat semua dia nak tau.. heeee... mungkin semua tunangan orang mcm tu kot.. OK jom kita rasai saat2 getir elly nak jadi tunangan orang pulak. huuuu...

17may2014... Tarikh di mana elly dan dia diikat sebagai tunangan. Malam 16/05/14 elly tak boleh tido sebab rasa gementar berdebar2 takut risau fikir macam2 semua ada. Tapi sengaja berlagak cool n boleh kutuk si dia lagi bila dia cakap tak boleh tido & berdebar2 nak bertunang.. heeee... nakal kan elly? ;) Lebih kurang pukul 2am macam tu baru elly tido dan esoknya kenalah bangun awal untuk mandi kemas2 umah sikit touch up hantaran & sebagainya.

Elly start bersiap dan make up segala pukul 1.30pm lepas dah siap semua keje penting. Di hari pertunangan tu elly pakai baju kurung moden warna pink+selendang warna dark pink maybe. gambar elly update nanti ye <3 Lebih kurang pukul 2.45pm elly dah siap ber'make up' dan menunggu rombongan pihak lelaki sampai seperti yg dijanjikan pukul 3pm. Tapi... dia terlewat 30minit. Masa tu dalam hati terdetik terjadi apa2 ke kat diaorang sebab tak sampai2 lagi then terus ambik fon call si dia tanya kat mana bila semua orang keep asked me where are they? Bila dah call si dia pulak cakap tengah on the way lagi 10minit family dia sampai ok cool sikit tapi after 10minit still tak sampai kerisauan kembali lagi.. Call him back! That time dia cakap family dia dah ada kat tempat parking masjid suara pun macam cuak je.. takut kena marah le tu :)

Alhamdulillah.. Lega rasa hati bila keluarga si dia sampai jam 3ptg. Bermulalah sesi perbincangan dua keluarga. Ok that time elly tak tau apa yang diaorang bual and bincangkan sebab elly dok dalam bilik. Lebih kurang jam 4.30ptg mak dan maksu elly panggil keluar jumpa family si dia n sesi sarungkan cincin. Ha! Masa ni hanya Allah je yang tau macam mana menggigilnya kaki masa berjalan rasa macam nak merangkak pun ada. Lastly, sebab terlampau takut terus heret sepupu terchinta Zety Zain teman jumpa keluarga si dia di ruang tamu. Masa tengah jalan nak ke ruang tamu zety dah pesan sampai je ruang tamu buat macam ni dulu then baru macam ni.. time tu segalanya angguk je sebab jantung rasa macam nak ambik letak kat luar je.
(mungkin macam ni kot pengalaman kalau x pernah jumpa sesiapa pun dalam keluarga pasangan kita selain si dia seorang)

Ha! part seterusnya ni memang hancusss berderai.. dah sampai ruang tamu ok bersimpuh bagai. cik sepupu tercomel suruh salam tangan elly boleh pulak g hulur tangan suruh mak si dia sarungkan cincin sampaikan mak si dia tegur "Salam dulu baru sarung cincin". Ya Allah masa tu muka tebal giler sampai tak tau nak cakap laa... kalau boleh nak tutup muka ngan tudung pun ada. Dah selesai sesi sarungkan cincin ada pulak sesi bergambar daripada photographer2 yg terlebih tauliah. Adoyai! Dengan malunya kena bergambar.Di suruh pulak cium tangan bakal mak mentua dekat 4 kali tunduk then angkat kepala then tunduk cium lagi sekali. Ha! Nak tau apa hati elly kata time tu. "ish depa ni bila nak habis daaa..berapa kali nak kena cium tangan laaa" hanya dalam hati je mampu mengomel k.
(ha kepada yg bakal bertunang jgn mcm tu tau. kang terlepas cakap sentap pulak bakal mak mentua tu ha. hehehe)

Wahhh! Ambik engkau panjang lebar aku ngomel. Kalau boring maaf ye.. Sudi2kanlah tinggalkan komen untuk elly improve kan lagi blog ni supaya lebih ceria dan happening.

See All Of U in the Next Entry..
<3 <3 <3

Saturday, May 10, 2014

Dugaan :'(

Ya Allah sedihnya..lebih kurang 6 hari lagi sebelum majlis bertunang tapi elly pulak hanya terbaring je..kesemua hantaran kakak elly yg kena tolong siapkan.. huhuhu...semuanya terjadi 08/05/14 lepas...

elly accident jatuh motor semasa on the way nak balik ke sungai dua dari lunas kedah... yeahh elly mengaku elly bawa laju sebab si dia dah pun sampai dahulu di rumah mak tunggu nak kuar g beli cincin...semasa di bahagian corner sebab terkejut lori nak kuar dari tepi jalan and elly pulak bawa motor laju kesudahannya elly terbaring atas jalan... masa tu dalam kepala hanya fikir majlis yg bakal berlangsung 17may ni je..huhuhuhu.. lepas dah jatuh still paksakan diri bawa motor jugak balik umah x pandang apa2 kat badan dah sama ada luka ke apa ke...

sampai umah mak pukul 1.00pm adik ngan mak terkejut terus tanya apa jadi...baru tu baru perasan kaki luka teruk seluar terkoyak bahagian lutut..rasa macam nak meraung tengok tapi paksakan diri relax...lepas tu terus basuh luka and tukar baju seluar...at the same time minta adik tolong g beli mee kuah untuk si dia since si dia belum makan pape lagi...just sebagai lapik perut je sebelum g beli cincin...

Lebih kurang pukul 2.30pm kitaorang semua kuar g kedai WeKeng kat Bagan Ajam untuk beli cincin..masa tu walaupun kaki sakit tahan je...hampir 2jam kat kedai tu pilih cincin then elly ajak si dia ke tesco pulak sebab nak beli selendang untuk pakai hari bertunang...lebih kurang pukul 4.30pm dah setel beli cincin and selendang kami gerak ke kedai makan sebab lapar..dah selesai beli cincin,beli selendang and makan pukul 6pm kami bertolak balik umah mak...

Malam pun menjelma...saat tu kesakitan yang amat perit bermula saat elly ke klinik DR SHOBRI di taman desa murni...masa tu kaki pun dah bengkak agak teruk...doktor pulak cakap luka agak dalam kuman pun dah banyak sebab terdedah lama then nak kena cucuk ATT lagi sebab nak elak kancing gigi..masa pembantu klinik mencuci luka sepanjang proses tu elly hanya mampu menangis n meraung sebab terlampau sakit..dan sehingga saat ni elly hanya mampu baring je sebab bengkak di kaki masih belum surut..huhuhu

p/s:daripada kisah ni...kepada penunggang motosikal di luar sana jangan lah bawa motor laju2...ingatlah keselamatan diri sendiri dan sayangi diri sendiri... <3

:'( :'( :'(

Tuesday, May 6, 2014

iNtErViEw !

Hye u ols... Heeee... malam ni di sebabkan elly bosan menunggu inchik abg tu habis main badminton n mata ni pulak terlebih manja x mau tido dulu selagi inchik abg tu x antar msg so jom elly baca elly berceloteh pasal kisah arini ye... ;) sila jgn boring untuk teruskan membaca k.. ;)

kalau u ols nak tau arini elly ponteng keja tau... siap boleh amik MC lagi....hahaha x boleh blah betoi kan?? kalau kantoi naya ja... kenapa elly amik mc?? ha! ni yang nak cerita ni.. petang tadi elly ada interview keja kat pejabat PERDA Pulau Pinang nun ha.. ceh! gaya macam sangat la jauh dari umah kan?padahal sekangkang kera ja... apa orang kata kalau kentut pun dengaq! ops!! elly g interview untuk jawatan "Pembantu Perkeranian & Operasi N17"... amboi jawatan dia panjang bukan main lagi...

ha! elly p interview tadi di hantar oleh adik lelaki elly yang paling rapat dengan elly n mak elly.. adik yang drive kereta since elly x dak lesen kereta kan...hehehehe....masa sampai kat PERDA tu hati rasa berdebar2 n cuak gila pas register nama kat kaunter depan... dalam hati " mak aiii ramainya yang nak interview tapi jawatan yang nak guna untuk seorang je"..hurmmm... time tu rasa macam x yakin je bila tengaok diaorg semua.. terasa macam elly ni teralu muda n mentah compared dengan diaorang yang pasti lebih banyak pengalaman daripada elly.. once dah masuk dalam dewan tengok kertas soalan ok terus terkeluar senyuman kat muka sebab....
sebabnya soalan matematik(subjek peveret tu) yang banyak kuar...yang lain tu ada soalan IQ minda(uji minda),sejarah & skop kerja PERDA,sikit sejarah pasal malaysia & sedikit soalan pasal tanggungjawab n etika kerja... Alhamdulillah elly mampu jawab semua soalan dalam tempoh masa yang ditetapkan(45minit)..

Ha! ni baru elly cerita pasal benda yang lagi cuak yang buat elly menjerit dalam kereta tadi...time tu kitaorang baru nak kuar simpang dekat umah elly nak ke Perda...kat simpang tu memang selalu sibuk sebab tu jalan utama ke hiway sungai dua...dengan kereta yang banyaknya kitaorg pun tunggu la dalam 5-10minit macam tu then ada la ruang kosong untuk kuar since bas lompat2(bas rapid penang) berhenti kat perhentian..time kitaorg nak kuar and dah sampai separuh jalan bas tu jalan agak laju and nyaris2 hentam kereta kitaorg.. sebab terlalu panik elly terus terjerit kat adik elly n tangan terus refleks tarik tangan dia suruh pusing stereng kereta dengan laju... Alhamdulillah Allah masih nak pelihara diri kami and Allah dah pun selamatkan kami semua jika tidak saat ni mungkin kami sudah pun di hospital atau mungkin juga dalam proses pengebumian...

YA ALLAH..HANYA KEPADAMU AKU BERLINDUNG DAN AKU MEMINTA.. KAU PELIHARALAH KEHIDUPAN KU,KEHIDUPAN IBUBAPAKU DAN KEHIDUPAN AHLI KELUARGAKU...KAU LINDUNGILAH KAMI DI BAWAH RAHMAHMU..KAU BERIKANLAH KEBERKATAN DI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KAMI YA ALLAH.. YA ALLAH KAU MURAHKANLAH REZEKI KE ATAS KAMI.. YA ALLAH KAU BERIKANLAH JODOH YANG TERBAIK KEPADAKU..KAU BERIKANLAH AKU SEORANG IMAM YANG MAMPU MEMBIMBING KU KE JALAN YANG DIREDHAI MU YA ALLAH..AMIN..AMIN YA RABBAL 'ALAMIN.. 

Saturday, May 3, 2014

Checklist for My e-Day

Salam & hai u ols.

Lagi 13 hari majlis pertunangan elly akan berlangsung. Semakin dekat tarikh 17 May 2014 semakin berdebar rasa hati ni. Ditambah lagi kawan2 ofis keep asking dah ready ka nak jadi tunang orang lagi la berdebar rasa. Rasa macam diri tak mampu lagi nak menggalas tanggungjawab. Perangai pun rasa macam x cukup matang lagi nak berubah status. Tapi apa pun sama ada sekarang atau nanti elly tetap akan hadapinya. So segalanya elly serahkan pada Allah.

Okay... Dah cukup mukadimah pasal perasaan elly untuk bertukar status. Jom ke main point iaitu CHECKLIST FOR E-DAY. Haaa! amik engkau siap bagi huruf besar and bold lagi u ols... Kat bawah ni elly punya checklist k. Let's check it out!

Tarikh : 17 MAY 2014

Masa : Selepas solat Asar

Tempat : Rumah Bonda & Ayahanda terchinta

Jamuan
1) Bihun Sup (homemade by me n mom)
2) Kuih Qasidah & Kasui (tempah dekat mak mentua kak ati)

Wakil Perbincangan : Abah uruskan

Cincin Merisik & Bertunang : Inchik Arif ajak beli 08 May 2014 ni. Dah decide nak beli dekat Wah Chan Seberang Jaya sebab my mom ada member card. heeee


Pakaian :

1) Baju Kurung Moden (from my wardrobe) : dok fikir lagi sama ada nak beli baju baru or pakai yang dah ada. any idea pliss.. :(
2) Halfmoon Shawl : hari khamis(08/05/2014) baru nak p cari. 

Make-up : bakal di mekap oleh kak ipar kesayanganku(kak gee) bersama sepupuku ety(maybe balik dr kl) & anis..insyaAllah..elly x da plan nak mekap di kedai...ngeee :)

Hantaran :

1) Sireh Junjung - NOT YET

2) Kek - NOT YET

3) Biskut/Cookies - NOT YET

4) Sumi/Cumi(tulips) - DONE

5) Susu Tin(pelita) - DONE

6) Gula(carrot) - DONE

7) Coklat(carnation) - IN PROGRESS

** budget elly untuk 7 dulang hantaran RM150 dan Alhamdulillah segalanya berjalan seperti dalam budget malah kurang sikit.
*** entry seterusnya elly upload gambar hantaran yg x seberapa tu ye... :)

# pagi ni kak ati pula yg tanya keputusan elly dah muktamad ke nak bertunang?? dah betul2 ready ke nak bertunang. elly hanya mampu senyum dan katakan tolong doakan semuanya ok ye.. then dia just bagi nasihat untuk lebih matang dan berfikir secara rasional lps ni sbb elly bakal jd hak org.. lepas bertunang elly kena siapkan diri untuk terima semua ahli keluarga sama macam keluarga sendiri dan anggap parents si dia sama macam parents. InsyaAllah sis i'll try my best.. sepanjang tempoh bertunang ni elly akan cuba lebih kenal family dia n berubah menjadi lebih baik dari sekarang.. :)



Thursday, May 1, 2014

Counting Days...

Yeayyyy!!! Dah masuk bulan May 2014.. Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja di Malaysia.. hurmmm... lagi 16 hari elly akan melangkah ke alam pertunangan dengan si dia... berdebar2 je rasa hati ni...risau,takut,gelisah, semuanya ada.. yang paling elly risau boleh ke family si dia terima elly yang banyak kekurangan ni... ngeeee... risaunya... kalau korang nak tau elly tak pernah jumpa sesiapa pun dalam family dia selain the only one iaitu si dia... elly just tau dia ada 6 orang adik beradik n the most special is dia anak ke5 sama macam elly..

Heee.... 08/05/2014 ni baru nak g cari cincin untuk merisik n bertunang... tarikh tu jugak adalah kali ketiga kami berjumpa sepanjang perkenalan kami selama lebih setahun... that day jugak my mom yang akan temankan plus tolong cari n bagi suggestion cincin since elly x pernah beli barang kemas and the most important elly memang fail bab ni...elly cuma tau pakai je...hikhikhikhik...

Kenapa elly pilih dia ye??? hiiii... soalan ni elly pun x tau nak jawab apa... maybe sebab dia sentiasa ada bila elly bosan,elly tengah marahkan someone, bila elly x sihat, bila elly sedih... maybe sebab tu elly mudah untuk terima dia... even sepanjang kami berkawan elly pernah hilang untuk sebulan dua then bila elly text dia balik dia still akan ingat siapa elly even kami x pernah jumpa... ha!!! kalau nak tau kami x pernah couple dan sampai sekarang si dia tu x pernah declare yang kami ni couple...

Romantik ke dia??? hahaha.... dia tersangatla x reti nak beromantika de amour ni...tersangat..sangat...sangat berbeza dengan pakwe2 elly sebelum ni yang suka berjiwang... tapi dia ada cara dia sendiri untuk buat elly rasa di hargai... since kitaorang decide nak bertunang adalah sikit perubahan dari cara n sikap dia dalam melayan elly... more soft n x da lagi kutuk yang over2 mcm dulu2...hehehe... dia jugak selalu jugak post kat moment wechat something yang mampu menyentuh emosi elly then faham2 sendiri la sebab dia x mention pun nama elly atau sesiapa... gila kejam kan??kadang tu rasa mcm dia post kat org lain tapi sengaja nak perasankan diri tu jugak n anggap dia post kat kita laaa...hikhikhik....

Harapan elly... elly berdoa sangat kat Allah biar dia yang terakhir dalam hidup elly...elly sangat berharap perhubungan kami kekal sehingga ke alam perkahwinan then sehingga ke jannah...elly juga berharap dia dapat terima segala kelemahan,keburukan & segala yang KO pasal elly lepas ni... Arif,,, elly akan cuba berubah dan jadi yang terbaik untuk awak sepanjang pertunangan kita..kata orang alam pertunangan ni banyak cabaran dan dugaan kita tempuhi sama2 ye...cewahhhhh!!! hehehe... just nak kongsi dengan u ols perasaan gumbira yang tak terhingga ni...muah muah muah... ;)